Aplikasi Pemain Video Terbaik Untuk PC 2016


 Jika anda suka menonton video dengan komputer anda, berikut adalah beberapa pemain video terbaik yang boleh anda gunakan.

PotPlayer

DAUM PotPlayer
- Pemain video Pot Player bukan lagi nama baru ketika ini. Dihasilkan oleh syarikat DAUM di Korea Selatan dan merupakan salah satu pemain video yang popular di sana. PotPlayer menyokong format video DXA, CUDA, dan QuickSync, pelbagai jenis cermin mata 3D dengan pelbagai format 3D lain. PotPlayer juga menyokong pelbagai saluran audio. PotPlayer datang dalam bentuk 32bit dan 64bit.

Pautan: https://potplayer.daum.net/


  
VLC
VLC
- VLC media player (juga dikenali sebagai VideoLAN) adalah pemain media sumber terbuka dan mampu melakukan penstriman media. Ia adalah pemain media 'cross-platform', untuk Microsoft Windows, Mac OS X, Linux, BeOS, MorphOS, BSD, Solaris, iOS, dan eComStation. Kini pemain VLC dapat digunalan pada Apple TV.  Pemain video VLC dapat memainkan hampir kesemua jenis format video. VLC juga boleh memainkan TV dan radio internet.

Pautan: http://www.videolan.org/


CCCP

CCCP
- CCCP adalah nama singkatan kepada Combined Community Codec Pack. Wujud bagi tujuan khas untuk menonton anime, CCCP menjadi pilihan utama bagi penggemar anime. Pemain video CCCP lebih diutamakan kepada video yang memerlukan sarikata. Jadi tidak hairanlah jika pemain video ini masih lagi popular sehingga kini. CCCP datang dalam bentuk 32bit dan kini terdapat dalam bentuk 64bit.

Pautan: http://www.cccp-project.net/


K-Lite

K-Lite
- K-Lite adalah sejenis pemain video yang menggabungkan beberapa jenis codec bagi membolehkan anda memainkan segala jenis video yang biasa digunakan ketika ini. Sama seperti CCCP, K-Lite menggunakan pemain MPC-HC sebagai pemain video utama. Anda boleh memilih versi ringan ataupun versi penuh, mengikut keperluan anda.

Pautan: http://www.codecguide.com/download_kl.htm


Share on Google Plus

Mengenai Hypezar

Peminat teknologi komputer " permainan video.

0 ulasan :

Catat Ulasan