Cara Menggunakan Google Maps Tanpa Perlu Talian Internet



Ketiadaan talian internet semasa dalam perjalanan ke destinasi yang tidak diketahui adalah amat mengecewakan, terutamanya ketika anda bergantung sepenuhnya pada telefon pintar anda. Sama ada ketika talian internet anda tersangat perlahan ataupun tiada talian internet ketika memandu di kawasan terpencil, kita pasti merasai pengalaman ini paling kurang pun sekali.

Cara terbaik untuk mengelak situasi begini adalah dengan memuat turun peta dari Google Maps untuk digunakan semasa ketiadaan internet. Setelah anda telah memuat turn peta yang dikehendaki, anda kini mampu mendapatkan panduan arah ke tempat-tempat penting di dalam kawasan peta tersebut tanpa memerlukan talian internet.

Di sini saya sediakan cara untuk memuat turun peta dari Google Maps.

  1. Buka aplikasi Google Map pada telefon pintar anda.
    *pastikan anda telah log masuk ke akaun Google anda.
  2.  Cari bandar yang anda ingin muat turun.
  3. Ketuk pada bar di bawah skrin yang mempunyai nama bandar yang anda telah cari tadi.
  4. Ketuk pada butang yang bertulis "Download."
  5.  Google kemudian akan menunjukkan peta kawasan dan akan bertanya jika anda ingin memuat turun peta tersebut. Ketuk "Download" sekali lagi untuk mengesahkan,
Share on Google Plus

Mengenai Hypezar

Peminat teknologi komputer " permainan video.

0 ulasan :

Catat Ulasan