CARA | Bagaimana Untuk Memintas Dan Melepasi Laman Web Yang Disekat

Sekatan dari SKMM

Seperti yang anda semua tahu terdapat laman web yang tidak boleh dibuka kerana pembekal perkhidmatan internet telah menyekat laluan untuk memasuki laman web tersebut. Di sini saya sediakan beberapa teknik atau cara untuk melepasi sekata tersebut.

1. Menukar Alamat DNS
- Laman web yang disekat dibuka dengan mudah dengan hanya menukar alamat DNS. Biasanya alamat DNS dari Google mampu melepasi sekatan tersebut.

Cara-Cara
  1. Klik kanan pada ikon WiFi/LAN di Taskbar (di sebelah jam & tarikh)
  2. Klik pada Open Network and Sharing Center.
  3. Pada menu di sebelah kiri, klik pada Change adapter settings.
  4. Klik kana pada talian yang sedang anda guna. (Ethernet/WiFi)
  5. Pilih Properties.
  6.  Pilih Internet Protocol Version 4 (TCP/IPv4).
  7. Klik pada butang Properties.
  8. Pilih Use the following DNS server addresses.
  9. Tukar DNS kepada Google DNS.
    - Preferred DNS server: 8.8.8.8.
    - Alternate DNS server: 8.8.4.4
  10. Tekan butang OK pada semua window yang dibuka tadi.
  11.  Lumpuhkan (Disable) talian WiFi/LAN pada window Network Connection dan kemudian hidupkan kembali talian tersebut.
Terdapat beberapa kes bahawa melakukan langkah di atas masih tidak mencukupi. Anda perlu membersihkan / flush cache DNS untuk membuka laman web yang disekat tadi.

Cara-Cara
  1. Cari dan klik kanan pada CMD/Command Prompt.
  2. Pilih Run as administrator.
  3. Taip ipconfig /flushdns.
  4. Tutup CMD/Command Prompt.
Nota: Untuk memastikan CMD/Command Prompt telah dibuka sebagai admin, ianya dapat dilihat seperti berikut:  C:\Windows\system32>


2. MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN DNS PIHAK KETIGA
- Terdapat banyak perkhidmatan DNS terbuka seperti Google DNS seperti Open DNS atau Level 3 DNS.
Share on Google Plus

Mengenai Hypezar

Peminat teknologi komputer " permainan video.

0 ulasan :

Catat Ulasan