Berita | Amazon.com Memberi Enjin Permainan Video Lumberyard Secara Percuma


Amazon kini memberikan enjin permainan video mereka secara percuma, Enjin permainan video yang bernama Lumberyard kini boleh dimuat turun di laman web Amazon.com

Enjin Lumberyard adalah berasaskan enjin popular dari Crytek iaitu CryEngine. Apa yang menarik tentang Lumberyard ini adalah, enjin Lumberyard ini dibuat khas bagi mereka yang ingin membina permainan video bertaraf AAA atau berkualiti tinggi. Enjin Lumberyard ini mampu menghasilkan permainan video untuk PC dan juga konsol. Enjin Lumberyard ini juga disertakan sekali dengan AWS dan Twitch.

Bagi mereka yang muat turun enjin Lumberyard ini, anda tidak perlu risau kerana enjin Lumberyard ini tidak mempunyai caj langganan atau apa-apa sistem kongsi keuntungan. Enjin Lumberyard ini mampu menghasilkan pemain berganda (multiplayer) secara langsung (live) dalam masa beberapa minit sahaja,

Anda boleh layari pautan di bawah untuk pergi terus ke laman web Amazon dan muat turn enjin Lumberyard.

https://aws.amazon.com/lumberyard/
Share on Google Plus

Mengenai Hypezar

Peminat teknologi komputer " permainan video.

0 ulasan :

Catat Ulasan